Selawat salam buat Rasul junjungan Besar, Nabi Muhammad (saw) para sohabiah, tobi’ watobie’n dan sekalian ummah yang mendaulahkan Islam sebagai cara hidup. Barakallahuli walakum..
Hampir mungkin jam 2 pagi dan aku masih menegah mata untuk terkatup. Lewat jam 1 aku sampai ke bilik, selepas pulang dari discussion Psycsta (sebenarnya singgah kejap ke cc) Kami merangka beberapa agenda untuk dijalankan termasuklah utk mengemaskini OR. Tak ramai, Bro Redza as the president, Ibrahim (H/C Welfare & Da’wah) aku as his assistant, dan 2 lagi member baru Psycta dari Singaporean..Kak Sha dan Aisyah.
Bleh ar digolongkan sebagai orang baru walaupun aku dan Ibrahim dah setahun bersama Psycsta, namun kalo nak diikutkan, kamilah juga yang paling muda dan telah ditaklifkan sebagai ketua dan assistant biro yang tak boleh nak dilepa..kebajikan dan da’wah..erk!! Yeah, aku dengar gak keluh kawan aku tu, title Da’wah buat kami agak gentar utk meneruskan langkah..mampukah nak melaksana amanah ni lantaran semua org sebenarnya adalah dai’e di bumi Tuhan?
Hampir 1 jam berdialog, aku tahu apa yang terbeban di kepala presiden aku tu. Yeah..maybe sebab aku macam dia, sentiasa penuh jadual harian. Tapi, dia lagi hebat sbb dah jadi ketua di pelbagai program. Dialog kami, ahli2 baru dan Presiden mmg agak santai. Harapan dan satu usrah bagi aku bila mana Bro Redza mengeluarkan butir bicara yang mudah aku terima. Hakikatnya, fikrah itu dapat aku kuasai dalam senyum. Banyak yang dia refer dengan aku pasal among us, aku yg paling banyak join program Psycsta. Aku sayang ar ngan Psycsta, kami dah macam adik beradik tapi betullah kata Ibrahim dan Bro Redza..rapat kami hinggakan terkadang melupakan norma sebagai Muslim dan berlainan jantina.
Apepon, antara tugas yg aku pegang, aku rasakan Psycsta yg paling berat sbb aku masih hijau bersama ketuaku yg juga belum berapa berpengalaman ( namun aku tahu dia bertanggungjawab) Title da’wah lagilah buat aku gentar. Jujurnya, aku masih diriku sendiri yg ingin belajar dan merubah kendiri utk menjadi yg lebih baik. Aku harapkan yg aku kan mampu mengendong amanah ini..amen! Betullah kata abg Redza, takpelah kalo rasa pressure dan takut sbb atas dasar itulah kita akan keep aware dan lebih bertanggunjawab. Kalimah dari President mmg membakar semangat aku. Fikrah Islami itu buat aku merenung dan memusat minda utk berputar..bagaimana utk aku layarkan bahtera biro kami dengan baik? Dan aku terus fikirkan bagaimana utk terus cemerlang utk setiap amanah yang dijulang?
Aku selalu pegang amanat ini ‘Kerja kerana Allah kerana Dia yang memilih kita utk memegang setiap amanah. Ada kesusahan, perlulah dijadikan sebagai cabaran. Pemimpin perlu ada vision dan itulah tanda yang dia seorang yg bertanggunjawab. Jangan hanya berkata tapi mulakan langkah. Kita pohon petunjuk dan pandangan Allah, bukannya pujian dari manusia”….come and walk beside me, be with me and we’ll work together.
No comments:
Post a Comment